Wednesday 24 June 2015

PRAKTIS & PRAKTIKAL ADALAH GURU TERBAIK

Kadang-kadang, yang selalu buat juga akan melakukan kesilapan. Perlu belajar dari kesilapan dan perbaiki. Setiap hari belajar perkara baru.


Thursday 11 June 2015

Tuesday 9 June 2015

Apa itu SKA?

Ada kawan-kawan yang tanya apa itu SKA? Mengikut sumber-sumber yang di baca, SKA  sebenarnya adalah genre muzik yang berasal dari negara Jamaica yang bermulanya lebih kurang pada penghujung tahun dan era 50-an. SKA ini adalah genre muzik yang mula-mula sekali tercipta sebelum genre muzik rock steady dan reggae. SKA juga adalah gabungan muzik kalipso, jazz, blues dan Carribean Mento. Ianya kalau didengar, lebih kepada ritma upbeat atau semangat. Selalunya kalau dengar, diri ini akan sentiasa mahu bergerak walaupun malu :p untuk menari.

Pada awal tahun 1960-an, SKA adalah muzik yang popular di negara Jamaica dan kalau di England lebih popular dengan golongan-golongan muda MOD. Muzik SKA juga popular di kalangan Skinhead di sana sebelum ianya berkembang di Amerika lalu ke Asia.

SKA juga dibahagi kepada tiga gelombang. Iaitu SKA yang asli yang sememangnya berasal dari negara Jamaica dipanggil 1st wave ska atau gelombang pertama SKA.

Kemudiannya muncul pula SKA 2 tone atau gelombang kedua dimana irama semakin rancak dan pada tahun 1980-an gelombang ketiga 3rd wave SKA mula menjadi semakin popular. 

Di Malaysia, Singapura dan Indonesia gelombang SKA ini juga sangat popular di mana band-band yang ada masih lagi aktif seperti di Singapura, The Full Pledge Munkees dan juga Cesspit. Di Indonesia, The Youngster City Rockers, Noin Bullet dan ada kabar berita yang The Purpose Tiger Clan akan bersatu semula. Di Malaysia masih aktif dan kelihatan label di bawah Nyaring Record yang hampir keseluruhan band adalah band yang membawa muzik genre SKA dan juga Punk.

Banyak lagi band-band SKA yang masih aktif di seantero dunia ni. Di Jepun juga masih aktif. DI Filipina juga aktif dan juga di Thailand. Kami akan senaraikan lagi band-band genre SKA ini di post yang akan datang. Next kami akan cuba lampirkan apa dengan kempen SKA Against Racism ni.
 
 Kami ada mencetak baju SKA Against Racism dengan kuantiti yang yang sangat terhad dengan berharga:

RM34+RM6(Pos Laju) = RM40 

Mengunakan baju yang berkualiti jenama GILDAN Ultra Cotton.

Untuk pembelian boleh hubungi kami di https://www.facebook.com/dirtydonuts atau Whats App kami di 019-655 2533.

Cetak tshirt SKA Against Racism
SKA Against Racism

Cetak baju SKA Against Racism
SKA Against Racism

Monday 8 June 2015

Perlahan-perlahan kayuh :)

motivasi pagi

Setiap hari jumpa benda baru. Belajar benda baru. Pengalaman dalam hidup membentuk diri menjadi lebih dewasa, lebih baik dan lebih bertanggungjawab. Semoga diri ini sentiasa menjaga hati, menjaga diri untuk sentiasa melakukan kebaikan. Sentiasa memberi manfaat. - Pesanan mama dan papa :)

Setiap hari adalah hari yang baru pt-2. Thanks to Masia One.

Setiap hari jika sentiasa fokus dengan apa yang di cari dan ingin pasti akan di capai. Kemungkinan apa yang di capai cepat atau kemungkinan juga lambat.

Apabila berpeluang untuk cetak baju pada artis antarabangsa yang bergerak secara independent agak membuat kami terkejut dan juga teruja. Apa yang di rancang kadang-kala perjalanannya akan lebih jauh, namun destinasi nya tetap akan sampai. Sama ada cepat atau lambat sahaja.

Pemulaan hanya mahu mencetak baju secara sendiri untuk di pakai sendiri. Hendak mencetak sendiri kerana kebanyakan kedai-kedai dan pencetak-pencetak t-shirt tidak mahu menerima kuantiti yang sedikit wal hal sedikit itu juga adalah rezeki yang Allah bagi. Mungkin mereka ada alasan-alasan yang tersendiri. :)

Sejak dari itu, kami mula belajar untuk mencetak baju kami sendiri. Sehinggalah kebelakangan ini di beri peluang untuk mencetak baju kawan-kawan, dan dan yang paling membuatkan rasa teruja apabila berpeluang untuk mencetak baju artis antarabangsa. Tidak pernah terlintas untuk mencetak baju untuk mereka, namun ada cita-cita mahu mempunyai kilang sendiri yang boleh membantu orang untuk mencetak baju walaupun kuantiti yang sedikit walau pun sehelai sekali pun. InsyaALLAH semoga, apa yang dicita-citakan tercapai :)

cetak baju

percetakan tshirt

plague of happinessr

cetak baju plague of happiness

Friday 5 June 2015

Progress & Practice. Dirty Skully Donuts 4 colors inking done.

Cetak baju Dirty skull donuts
Dirty Skull Donuts
Selesai progres dan praktis. Empat proses warna digunakan untuk artwork kali ini. InsyaALLAH jika berkesempatan akan di cetak baju atau di gunakan untuk di cetak di atas poster. Jika di gunakan untuk percetakan baju, empat blok perlu di gunakan untuk empat percetakan warna di atas tshirt.

Thursday 4 June 2015

Siapa Fauzi Plague Of Happiness :)


Pozy drummer plague of happiness


Plague of happiness wreck out


Hihihi.. lama sebenarnya nak tahu latar belakang Fauzy, atau dengan panggilan rapat, dipanggil Pozy.
Mengenali beliau agak lama, dari hanya lihat dia dari jauh di atas pentas, hinggalah berkawan rapat sehingga dapat beraksi bersama dalam satu band yang sama iaitu Plague Of Happiness.

Ini ada sedikit perkongsian bio tentang Fauzi. Hihihi. Dasyat banyak juga band-band yang dia main dan perform. Ini baru di peringkat DIY, bawah tanah katanya..hihihi.. Belum yang band kenduri kawin dan band-band mainstream. :)
Pozy juga ada mengeluarkan T-shirt brand jenama Wreck Out. Ini adalah keluaran design yang kedua oleh beliau. Berminat boleh contact Pozy di Facebook beliau https://www.facebook.com/fauzi.sevena?fref=ts. Terima kasih Pozy kerana bagi info. Segan mahu minta sebenarnya.. hihihih..

Pada band-band yang memerlukan khidmat drummer boleh contact beliau di facebook beliau 

Info Pozy :
Minat drum sejak umur 10 tahun sejak zaman Battle Of The Bands dan Juara Juara Rock
1990 masa di SMVMuar dah start jamming di Ann Ann Studio, Jalan Arab, Muar..main lagu2 Metallica, Sepultura, etc
1991 join band NUCLEAR DEATH (death/thrash) dari Tangkak
1991 join NARSAMUM (technical death metal) *reh/demo #1 1993, cassette EP 2000, debut album 2015
1992 join WRONG (punk rock) *reh/demo 1994
1993 join CARNEOUS (death/grind) *tiada rilisan
1994 join LOVELESS (indie) *record demo tapi unreleased
1996 join DAMOKIS (grindcore) *demo #1 2000, split CD, split tape, debut album 2013
2003 join TUSSOCK (grindcore) *cassette EP
2004 join FLOW (punk rock) *record single
2007 join PLAGUE OF HAPPINESS (ska punk) *single untuk Radio Rosak, 2nd album 2015
2010 join ELEVENTH AVENUE (pop punk) *debut album 2015
2015 join AMENORT (thrash metal) *EP 2015
2015 join CLOCK (experimental punk rock) *EP 2015

Sessionist:-
SLB (KL alternative rock) *competition/gig (KL/Sabah)
ROCKET TO MECCA (punk rock) *gig (JB)
ZERO ONE HEROES (skinhead) *gig (Batu Layar)
THE BOLA FIRMA (skinhead) *single record
199X (punk rock) *single record
PRICELESS STUPID BOX (ska punk) *gig (Spore)

Next project:-
SPIKE ROCKER (KL) with SUBCULTURE & FLOP POPPY member
FADED FACE (KL) featured drummer for single

Latest offer:-
DIEMORECRUSHT (death metal) *KIV*
MANTAK (black metal) *KIV*

Achievement:-
Feature kat ruang DRAM (ROTTW Magazine vol. 186)
Front page with PLAGUE OF HAPPINESS (ROTTW Magazine vol. 143)
Front page with DAMOKIS (Karisma Magazine)
Sponsored by Dirty Donuts, Oven Toaster, Connie, Ghuraba Malaya & Mereput Clothing
WRECK OUT Tshirt (sempena 25 tahun mengetuk drum)
POZY Custom Signature Drumsticks (by ONETHO, Mojokerto, ID)
 
 

Wednesday 3 June 2015

Jemputan Live T-shirt Screen Printing & Clinic di Kawan Fest 2015

Alhamdulillah minggu lepas dapat jemputan untuk perkongsian tentang asas percetakan baju. Pengalaman berjumpa dengan kawan-kawan baru dan lama tentang percetakan baju selama dua hari memang tidak dapat dilupakan. 

Walau pun masanya agak singkat untuk kami terangkan pada kawan-kawan yang berminat, Alhamdulillah sempat menunjuk ajar pada kawan-kawan yang tidak pernah tahu proses percetakan baju. Ada juga yang mahu mencuba cetak baju dan ada juga takut-takut :)

Proses pembelajaran percetakan baju memang pada mulanya ada perasaan takut salah. Tetapi tidak mengapa jika tidak buat kesilapan, tidak akan tahu betul atau salah. InsyaALLAH jika berpeluang lagi,  kita akan jumpa di next event.

Ini adalah kali kedua kami mencetak baju secara langsung. Pertama kalinya adalah sewaktu event pelancaran jenama Mutha Puaka x Macbeth Malaysia.

Terima kasih kepada Abang Amer & Kak Benny kerana sudi menjemput kami. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang belajar dan membeli produk DIRTYDONUTS kami.

Syarikat-syarikat atau jenama pakaian yang mahu menjemput kami mencetak baju secara langsung, boleh  email kami di madaboutgraphic@gmail.com

Untuk lihat projek kami, boleh LIKE & SHARE  
https://www.facebook.com/dirtydonuts 
https://instagram.com/dirtydonuts/
https://www.facebook.com/iamparanoid

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015