Monday 8 June 2015

Setiap hari adalah hari yang baru pt-2. Thanks to Masia One.

Setiap hari jika sentiasa fokus dengan apa yang di cari dan ingin pasti akan di capai. Kemungkinan apa yang di capai cepat atau kemungkinan juga lambat.

Apabila berpeluang untuk cetak baju pada artis antarabangsa yang bergerak secara independent agak membuat kami terkejut dan juga teruja. Apa yang di rancang kadang-kala perjalanannya akan lebih jauh, namun destinasi nya tetap akan sampai. Sama ada cepat atau lambat sahaja.

Pemulaan hanya mahu mencetak baju secara sendiri untuk di pakai sendiri. Hendak mencetak sendiri kerana kebanyakan kedai-kedai dan pencetak-pencetak t-shirt tidak mahu menerima kuantiti yang sedikit wal hal sedikit itu juga adalah rezeki yang Allah bagi. Mungkin mereka ada alasan-alasan yang tersendiri. :)

Sejak dari itu, kami mula belajar untuk mencetak baju kami sendiri. Sehinggalah kebelakangan ini di beri peluang untuk mencetak baju kawan-kawan, dan dan yang paling membuatkan rasa teruja apabila berpeluang untuk mencetak baju artis antarabangsa. Tidak pernah terlintas untuk mencetak baju untuk mereka, namun ada cita-cita mahu mempunyai kilang sendiri yang boleh membantu orang untuk mencetak baju walaupun kuantiti yang sedikit walau pun sehelai sekali pun. InsyaALLAH semoga, apa yang dicita-citakan tercapai :)

cetak baju

percetakan tshirt

plague of happinessr

cetak baju plague of happiness

No comments:

Post a Comment