Wednesday 3 June 2015

Jemputan Live T-shirt Screen Printing & Clinic di Kawan Fest 2015

Alhamdulillah minggu lepas dapat jemputan untuk perkongsian tentang asas percetakan baju. Pengalaman berjumpa dengan kawan-kawan baru dan lama tentang percetakan baju selama dua hari memang tidak dapat dilupakan. 

Walau pun masanya agak singkat untuk kami terangkan pada kawan-kawan yang berminat, Alhamdulillah sempat menunjuk ajar pada kawan-kawan yang tidak pernah tahu proses percetakan baju. Ada juga yang mahu mencuba cetak baju dan ada juga takut-takut :)

Proses pembelajaran percetakan baju memang pada mulanya ada perasaan takut salah. Tetapi tidak mengapa jika tidak buat kesilapan, tidak akan tahu betul atau salah. InsyaALLAH jika berpeluang lagi,  kita akan jumpa di next event.

Ini adalah kali kedua kami mencetak baju secara langsung. Pertama kalinya adalah sewaktu event pelancaran jenama Mutha Puaka x Macbeth Malaysia.

Terima kasih kepada Abang Amer & Kak Benny kerana sudi menjemput kami. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang belajar dan membeli produk DIRTYDONUTS kami.

Syarikat-syarikat atau jenama pakaian yang mahu menjemput kami mencetak baju secara langsung, boleh  email kami di madaboutgraphic@gmail.com

Untuk lihat projek kami, boleh LIKE & SHARE  
https://www.facebook.com/dirtydonuts 
https://instagram.com/dirtydonuts/
https://www.facebook.com/iamparanoid

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015

Cetak baju di kawan fest 2015


No comments:

Post a Comment