Tuesday 9 June 2015

Apa itu SKA?

Ada kawan-kawan yang tanya apa itu SKA? Mengikut sumber-sumber yang di baca, SKA  sebenarnya adalah genre muzik yang berasal dari negara Jamaica yang bermulanya lebih kurang pada penghujung tahun dan era 50-an. SKA ini adalah genre muzik yang mula-mula sekali tercipta sebelum genre muzik rock steady dan reggae. SKA juga adalah gabungan muzik kalipso, jazz, blues dan Carribean Mento. Ianya kalau didengar, lebih kepada ritma upbeat atau semangat. Selalunya kalau dengar, diri ini akan sentiasa mahu bergerak walaupun malu :p untuk menari.

Pada awal tahun 1960-an, SKA adalah muzik yang popular di negara Jamaica dan kalau di England lebih popular dengan golongan-golongan muda MOD. Muzik SKA juga popular di kalangan Skinhead di sana sebelum ianya berkembang di Amerika lalu ke Asia.

SKA juga dibahagi kepada tiga gelombang. Iaitu SKA yang asli yang sememangnya berasal dari negara Jamaica dipanggil 1st wave ska atau gelombang pertama SKA.

Kemudiannya muncul pula SKA 2 tone atau gelombang kedua dimana irama semakin rancak dan pada tahun 1980-an gelombang ketiga 3rd wave SKA mula menjadi semakin popular. 

Di Malaysia, Singapura dan Indonesia gelombang SKA ini juga sangat popular di mana band-band yang ada masih lagi aktif seperti di Singapura, The Full Pledge Munkees dan juga Cesspit. Di Indonesia, The Youngster City Rockers, Noin Bullet dan ada kabar berita yang The Purpose Tiger Clan akan bersatu semula. Di Malaysia masih aktif dan kelihatan label di bawah Nyaring Record yang hampir keseluruhan band adalah band yang membawa muzik genre SKA dan juga Punk.

Banyak lagi band-band SKA yang masih aktif di seantero dunia ni. Di Jepun juga masih aktif. DI Filipina juga aktif dan juga di Thailand. Kami akan senaraikan lagi band-band genre SKA ini di post yang akan datang. Next kami akan cuba lampirkan apa dengan kempen SKA Against Racism ni.
 
 Kami ada mencetak baju SKA Against Racism dengan kuantiti yang yang sangat terhad dengan berharga:

RM34+RM6(Pos Laju) = RM40 

Mengunakan baju yang berkualiti jenama GILDAN Ultra Cotton.

Untuk pembelian boleh hubungi kami di https://www.facebook.com/dirtydonuts atau Whats App kami di 019-655 2533.

Cetak tshirt SKA Against Racism
SKA Against Racism

Cetak baju SKA Against Racism
SKA Against Racism

No comments:

Post a Comment