Wednesday 13 May 2015

Siapa Noriaki Tsuda & KEMURI? :)

Noriaki Tsuda Kemuri
Tsuda Pemain Bass KEMURI Ska Punk band dari Jepun bersama The Full Pledge Munkees. Picture Credit to Ogy, Adibb & The Full Pledge Munkees
Semalam kami ada letak gambar di Facebook Dirtydonuts. Tanya dan teka siapa lelaki yang memakai t-shirt Plague Of Happiness :). Nama dia Noriaki Tsuda. Dia adalah pemain bass gitar untuk band Ska Punk tersohor dari negara Jepun. Siapa itu band KEMURI.

KEMURI dalam bahasa Jepun bermaksud asap. Band KEMURI pula adalah merupakan band dari negara terbitnya matahari iaitu Jepun. Band ini telah wujud sejak tahun 1995. Band KEMURI adalah band yang membawa dan memainkan muzik beraliran Ska Punk. Muzik Ska Punk yang dibawakan oleh mereka boleh dikatakan muzik Ska Punk yang tersendiri di mana jika dengar dengan teliti, mereka ada membawa unsur budaya Jepun di dalam setiap muzik dan lirik mereka. Hampir kesemua lirik-lirik dan lagu mereka adalah berentak semangat atau "upbeat" dan "catchy" serta lirik-lirik yang ditulis juga adalah lirik yang POSITIF. Kebanyakan lirik-lirik mereka adalah di dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Jepun. 

 Memang sealiran dengan sikap dan mesej yang mereka ingin sampaikan iaitu sentiasa bersikap "Positive Mental Attitude". Ada pada salah satu album mereka berjudul "77 Days" ada lagu yang bertajuk PMA atau Positive Mental Attitude.

Pada pengemar muzik Ska atau Ska Punk seperti kami, memang gemar mendengar muzik dan meneliti baca lirik-lirik yang dibuat dan ditulis oleh Fumio Ito merangkap vokalis kepada band KEMURI.

KEMURI pernah berehat buat sementara waktu iaitu pada tahun 2007 dan ini agak mengejutkan juga bagi pendengar-pendengar muzik Ska Punk seperti kami. Pada tahun 2013, mereka telah begabung semula dengan mengeluarkan album baharu yang lebih mantab dan posisif yang bertajuk "All For This". Sehingga ke tahun ini mereka masih aktif bermain muzik sambil tour di seluruh Jepun.
InsyaALLAH kami akan kemas kini dan berkongsi tentang band-band Ska Punk dari Malaysia pula.
Terima kasih kerana sudi membaca. :)

T-shirt yang dipakai oleh Noriaki Tshuda adalah t-shirt kolaborasi Dirtydonuts bersama Plague Of Happiness  yang dikeluarkan untuk edisi sewaktu band sahabat kami dari Singapura The Full Pledge Munkees Tour di Jepun bersama Nazri Plague Of Happiness. Terima kasih atas sokongan kengkawan semua.
 
*T-shirt ini telah dikeluarkan semula untuk edisi terhad di Malaysia dengan cetakan silkscreen di atas baju Gidan Ultra Cotton yang berwarna hitam.


BELI SEKARANG! untuk DISKAUN RM4!



Harga sebelum DISKAUN  : RM45 sehelai (termasuk Pos Laju)

Harga selepas DISKAUN  RM41 sehelai (termasuk Pos Laju)



Bank in ke akaun Maybank atas nama Mad About Graphic

Nombor akaun 5646 8710 8501

  
*Tambahan kos penghantaran POS LAJU MALAYSIA untuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM10.

No comments:

Post a Comment