Wednesday 27 May 2015

Dirtydonuts & Yum Yum Orange (Japan Ska band) di Kawan Fest 2015

kawanfest

yum yum orange

kawan fest map
Alhamdulillah kami di beri peluang untuk membuat secara langsung cetak baju atau silkscreen print di Kawan Fest 2015. Ini juga adalah kali kedua kami berpeluang untuk mencetak baju secara langsung di khalayak ramai. Pertama kalinya masa memberi sokongan kepada sahabat kami Eddy untuk jenama t-shirt baru beliau iaitu Mutha Puaka kolaborasi bersama jenama kasut Mcbeth.

Mudah-mudahan semakin lancar dan perkongsian ilmu ini dapat di manfaatkan kepada pengunjung yang datang. Di samping itu juga Kawan Fest 2015 ini menjemput ramai band-band tempatan juga tidak lupa band Ska dari negara Jepun iaitu Yum-Yum Orange. Ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. InsyaALLAH akan berterusan dan semoga ianya lancar. Amin.

No comments:

Post a Comment